Sunday 9 June 2013

Jauhnya pandangan 'mereka' ke hadapan




Suatu ketika semasa di zaman persekolahan suatu masa dahulu...

Ada seorang rakan perempuan sekelas bertanyakan satu soalan teka-teki kepada ku...


Member : Azmeer2... Kita ada satu soalan teka-teki ni...

Aku : Hmmph... Apa dia..??

Member : Dalam banyak2 haiwan kan, haiwan apa yg keluar 'Haid' ?? Hah,jawab2...

Aku (dalam hati ~Terkejut!~ ) : Huiyo! Dahsyat gler soalan dia ni!? Jarang orang perempuan nak mention benda2 macam ni dengan orang lelaki... Open-minded gler dia ni... Bagus betol...

Lantas aku cuba untuk menjawab sambil control perasaan ~terkejut~ tadi : Hmm... Ada ke?  Manusia kot...??

Member : = =" ...Haiwan lah...

Aku : Adohh... Susah jugak soalannya.... Tak tau lah...

Member : Apalah Azmeer ni... Jawapan dia 'Kura-kura' lah!

Aku : Apasal plak 'Kura-kura'!!

Member : Ye lah... Kura-kura kan boleh keluarkan dia punya 'Head'... Hehehe

Aku : Oohh... 'Head' ke... Ingatkan 'Haid' tadi... Bunyi lebih kurang sama je... Pandai ko kenakan aku kan... = = ""



Begitulah sepalit nostalgia semasa zaman sekolah dahulu...
Zaman persekolahan untuk kebiasaan remaja....

Namun, setelah beberapa tahun aku meninggalkan alam persekolahan ini, dengan tidak semena-mena soalan yg sebijik sama ini turut diajukan sebentar tadi kepada kami...
Namun, dalam keadaan yang sedikit berbeza...

Ketika mengikuti pengajian al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasir hafizahullah mengenai 'pemasalahan darah wanita' siang tadi...
Soalan yang sebijik sama turut dibincangkan oleh al-Fadhil Ustaz bersama-sama kami...

"Apakah binatang yang mengeluarkan darah haid?"


Dan perbincangan itu tidak terhenti setakat itu sahaja...
Kata al-Fadhil Ustaz...

"Dalam hal ini, ada 8 binatang yang mengeluarkan darah haid sepertimana yang disebutkan di dalam Kitab 'Hasyiah Baijuri' mengenai perbincangan dalam permasalahan darah haid ini...

Haiwan-haiwan tersebut adalah :

1- Dubuk betina
2- Arnab betina
3- Kelawar betina
4- Cicak (gecko) betina
5- Kuda betina
6- Anjing betina
7- Unta betina
8- Wanita (Kerna dalam Ilmu Mantiq, kita manusia ini disebutkan sebagai حيوان النطق = Haiwan yang berkata-kata, haiwan yang berfikir... berakal )


Lantas baru aku tersedar...
Dalam keyakinan aku mengenai "Mana ada binatang yang keluarkan darah Haid ini" suatu ketika masa dahulu rupa-rupanya hanya berpasak pada keyakinan ilmu yang fantasi... bukan ilmu yang diperoleh hasil daripada usaha-usaha untuk menambah pengetahuan diri...

Benarlah kata Imam Syafie rahimahullah :

"Semakin bertambah banyak ilmu ku, semakin bertambah sebenarnya aku tahu akan kebodohan diri ku..." 



Lantas pabila diketengahkan perbincangan mengenai binatang yang mengeluarkan darah haid ini...
Terus Ustaz menerangkan beberapa perkara mengenainya...
Kerna bimbang-bimbang akan ada yang bertanya...

"Ustaz! Berapa tempoh suci untuk haid binatang itu ustaz!? Nanti kalau dia nak berjimak nanti mesti kena mandi wajib lepas haid itu kan ustaz!? Kalau tak mandi wajib BERDOSA lah kan Ustaz...?? Macam orang perempuan..."


Rileks dulu...
Perlu diketahui bahawa Makhluk yang tidak berakal seperti HAIWAN tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dengan hukum-hukum feqah seperti Wajib, Sunnat, Harus, Makruh ,Haram dan sebagainya...

Maka, tidaklah dikira berdosa walaupun haiwan yang keluarkan darah haid itu tidak mandi wajib sampai bila-bila sekalipun... Kenapa? Sebab dia 'haiwan' lah... ^_^

Berbeza dengan manusia yang mempunyai pelbagai  taklifan dan terikat dengan pelbagai hukum-hukum feqahnya...
Sebab untuk memuliakan martabat manusia itu sendiri...


Lantas akan timbul pula soalan lain selepas itu...

"Dah tu kalau binatang-binatang tu tak ditaklifkan dengan sebarang hukum-hukum fiqh, kenapa ulama'-ulama' dahulu bincangkan jugak tentang perkara ini!? Tak nampak macam membazir masa je ke??"  


Walaupun nampak macam remeh, tapi perkara ini sangat penting sebenarnya...
Kerna perbincangan mengenai 'haiwan yang mengeluarkan darah haid' ini akan nampak pentingnya dalam isu-isu talak (menceraikan) isteri...

Contoh:
Seorang suami melafazkan satu kata-kata : "Kalau Kuda betina tu keluar haid dia nanti Timah, aku akan talak (ceraikan) kau...!"


Maka apabila tiba masanya kuda betina itu betul-betul mengeluarkan darah haidnya, maka lafaz Talak tadi akan menjadi SAH hukumnya...





Nampak....
Begitu jauh sebenarnya perbincangan ulama'-ulama' zaman dahulu melangkaui zaman mereka...
Hatta sekecil-kecil perkara dalam isu Feqah ini pun telah ada perbincangannya sebenarnya...

Contoh lain lagi seperti 'Apakah status anak yang lahir hasil daripada persetubuhan manusia dengan kambing?'

Walaupun pada zaman-zaman dahulu perkara-perkara seperti ini tidak pernah berlaku walaupun sekali...
Namun, perbincangan mengenai permasalahan ini kita nampak pentingnya apabila ia betul-betul berlaku di zaman sekarang...!
Apabila di zaman ini pelbagai macam benda tidak mustahil untuk berlaku....

Zaman akhir dunia...


Sengaja ulama'-ulama' terdahulu telah bersiap-sedia dengan perbincangan-perbincangan futuristik seperti ini...
Kerna mereka tahu generasi-generasi kemudian selepas mereka ini akan ramainya menjadi yang malas untuk mengkaji dan berbincang mengenai perkara-perkara yang memerlukan usaha yang sangat gigih seperti ini...


Maka banyakkanlah lagi usaha kita dalam study...study...dan study...

Wallahua'alam.



7 comments :

  1. syukran for the sharing..explanation yg details n sgt menarik! tmbh ilmu bwu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Syukran too for willing to read it.. ^_^

      Delete
  2. err.. cume mcm tersangkut sikit psal anak yg lahir hasil drpd setubuh ngan kambing?
    bole ke kambing itu melahirkan anak hasil drpd air mani manusia?
    dan statusnye ape plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dah agak dah akan ada yg bertanya tentang bab ni... Saja disebutkan di sini untuk mencetuskan tanda tanya...


      Walaupun nampak macam pelik,tapi tak mustahil sebenarnya ia boleh berlaku bukan..?
      Zaman sekarang macam2 boleh berlaku...dan saya juga pernah terbaca dalam satu artikel yg menunjukkan perihal seorang kanak2 memasukkan kemaluannya ke dalam punggung kambing, dek kerana terlalu terangsang sehingga tiada tempat untuk dia melepaskan nafsunya... akhirnya sanggup dipilih walau kambing sekalipun untuk dijadikan mangsa... Manusia akhir zaman...

      Dan untuk huraikan mengenai persoalan saudara tu, jujur saya katakan tak berani untuk saya tetapkan apa hukumnya di sini, sebab saya pun banyak benda lagi sedang belajar... Maaf ye.. Sama2 lah kita mengkaji tentang permasalahan ini heh ;-) Kalau dah jumpa jawapannya nanti jangan segan2 untuk berkongsi ! ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. Buku untuk apa ye? Kalau permasalahan fekah, bagi saya elok rujuk kitab2 basic seperti " Nailur raja' " syarah bagi matan Safinatun Naja... Kitab Kasyifatus Saja... Taqriratus Sadidah (Qism Ibadah) ataupun Fathul A'lam...

      Wallahua'alam

      Delete