Thursday 19 December 2013

Arghh! Duit tak cukup...!!



Tadi kami menaiki teksi...

Setelah lama berborak dengan driver teksi itu, baru dapat tahu bahawa beliau juga merupakan seorang lulusan al-Azhar juga rupa-rupanya...

"Lah... Pak cik dulu Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar ke?"

"Aah. Pak cik dah 10 tahun dah dengan al-Azhar dulu ni..."

"Wuishh.. Lamanya.. Pak cik dah ada Master dah ke sekarang ni? Umur berapa"

"Oh, dah ada dah.. Pak cik sekarang mengajar kat sebuah sekolah kat Ahram (Giza) sana tu. Umur pak cik 32."

"Pergh, Master rupanya! Bila nak amik PhD?"

"InsyaAllah dalam masa terdekat ni."

"Hmm..tapi kan pak cik, kenapa pak cik kerja memandu teksi juga ya sekarang ni? Umur pun muda lagi..."

"Haha, soalan famous tu. Kamu kat Malaysia, gaji guru-guru kat sana berapa? Agak-agak cukup tak?"

"Hmm..dalam sekitar RM2000. Ntah lah, rasa macam tak cukup je tu, lagi-lagilah kalau duduk bandar."

"Hah, kamu tahu gaji saya sebagai cikgu kat sini berapa? LE300 sebulan!"

"Bapak ar! Biar betul!! (Perkataan 'Bapak ar' tak wujud dlm kamus bahasa Arab apabila diterjemahkan. Harap maklum) Gaji memandu teksi berapa pulak? "

"Boleh lah dalam LE 2000+-"

"Hmm.. nampak gaya macam memandu teksi lagi better kan daripada jadi cikgu kat Mesir ni pak cik.. Macam mana boleh jadi macam tu ya kat sini?"


"Ni susulan kerja Hosni Mubarak laknatullahi alaih tu lah.. Usaha untuk menjadikan rakyat bodoh sentiasa (Memang pak cik tu sebut 'laknatullahi alaih' pun, bukan penulis tambah ya. Harap maklum)"




Ya. Memang itu pun realitinya di sini. Skop pendidikan bukan fokus utama kerajaan. Kehidupan yang mendesak keperluan kewangan lantas akan mencetak rakyat yang sentiasa hidup dalam mengejar materialistik.


Pernah juga suatu ketika dahulu ketika kami singgah sebentar di sebuah stesen minyak tempatan di sini, pernah kami terserempak dengan seorang 'pump boy' (tukang isi minyak) Arab. Setelah lama-lama berborak, barulah kami mengetahui bahawa beliau rupa-rupanya merupakan seorang pelajar yang masih lagi sedang belajar di Universiti Al-Azhar, dalam fakulti Bahasa Arab, tahun 4!





Ramai lagi sebenarnya, masyarakat-masyarakat Arab Mesir yang di sisi pendidikan mereka mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan, tetapi dek kerana kos gaji hidup yang tidak mencukupi, ditambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lantas menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa mencari side-pekerjaan tambahan untuk menampung keperluan hidup yang mendesak ini.


Mana-mana negara pun sama sahaja modus operandinya. Cuma labeling sahaja yang berbeza-beza.



Sesetengah negara hidup rakyatnya tidaklah merempat di tepi-tepi jalanan, tapi kekadang si pemerintahnya sengaja menaikkan beberapa cukai-cukai dan harga-harga barang keperluan harian atas alasan kononnya untuk 'kebaikan' itu dan ini. Lantas pabila saban hari, cukai itu dinaikkan, harga barang itu dinaikkan, dan takuk gaji pekerja masih di tahap lama yang menyeksakan, akan terhasillah satu 'mesin cetak' manusia robotik yang berjaya diwujudkan oleh mereka secara senyap-senyap sebenarnya.


Rakyat yang dihimpit dengan keperluan wang yang mendesak di mana-mana ini akan mula memfokuskan arah tuju hidupnya ke arah mengumpulkan duit sebanyak yang mungkin. Demi memastikan survival hidup terus terjamin di bawah tekanan kewangan yang diwujudkan di sana sini.


Lantas, proses-proses pembinaan jati diri manusia melalui program-program ilmiah dan aktiviti-aktiviti mencelikkan minda akan menjadi semakin kurang disebabkan rakyat masing-masingnya terlalu sibuk mencari nafkah wang siang dan malam. Semua ini berlaku bukanlah disebabkan atas keinginan rakyat itu sendiri, tapi tetap berlaku juga dalam kehidupan mereka disebabkan atas tekanan daripada pemerintah yang saban hari semakin mendesak kewujudan rakyat yang 'berduit'.






Akhirnya, tercetaklah rakyat yang 'berduit'.

Hanya sekadar berduit pada kertas, tidak berduit pada fikiran.

Kemudian pabila bantuan daripada pihak pemerintah itu datang kepada rakyat dalam bentuk bantuan kewangan, maka akan berzikir-zikirlah rakyat memuji-muji 'kemurahan' si pemerintah yang bersikap dermawan di 'musim-musim' tertentu ini sahaja.


Dan kitaran ini akan berputar... dan terus berputar.


Bangun seawal pagi, pergi ke kerja untuk mencari nafkah (wang)...

Pulang lewat petang setelah penat bekerja mencari nafkah (wang)...
Sebahagiannya akan mencari peluang pekerjaan sampingan di waktu malamnya pula demi mendapatkan side-income tambahan...
Dan sebahagiannya juga akan terus terlena tidur yang lena dek kerana penat bekerja di pagi dan petangnya...




Dan kitaran ini akan berputar... dan terus berputar...


Berputar tanpa sedikit pun aktiviti-aktiviti mencelikkan minda...

Tidak sempat untuk membaca buku-buku ilmiah disebabkan terlalu sibuk bekerja...
Tidak sempat untuk mendengar ceramah-ceramah ilmiah disebabkan tiada masa, sibuk bekerja...

Yang ada terhidang hanyalah akhbar-akhbar tempatan dan siaran-siaran televisyen tempatan, yang saban hari lebih menjadikan proses membodohkan rakyat itu semakin berjalan lancar dengan paparan kisah-kisah tahyul, hiburan-hiburan yang penuh mengasyikkan, berita-berita yang jelas tiada ketelusannya hanya berpihak kepada mereka yang berkuasa... dan segala macam 'hidangan' yang telah disusun rapi dalam 'menu harian' rakyat itu sebenarnya...





Akhirnya, rakyat kekal di takuk bodoh, lantas kuranglah rakyat yang membangkang (sebagai check and balance)
, sebaliknya akan terus taat selagimana subsidi materialistik itu disuapkan ke dalam mulut rakyat itu sendiri hari demi hari. Wallahua'alam

2 comments :

  1. tak faham yang ni-- ''"Ni susulan kerja Hosni Mubarak laknatullahi alaih tu lah.. Usaha untuk menjadikan rakyat bodoh sentiasa''''
    acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hosni Mubarak sejak zaman dahulu lagi memang tidak menekankan langsung aspek pendidikan sepanjang zaman pemerintahannya. Contoh yg paling mudah dapat dilihat adalah seperti contoh di atas, di mana gaji para pendidik sangat2 lah jauh rendahnya berbanding kerja2 lain,malah yg mengajar di masjid Azhar tu pun kebanyakannya tidak mendapat apa2 bayaran sebenarnya, lantas orang tidak akan berminat langsung untuk menceburi bidang pendidikan dengan tiada galakan habuan drpd pemerintah seperti ini. Akhirnya terlaksana lah sudah 'usaha untuk menjadikan rakyat bodoh sentiasa' itu tanpa disedari ramai sebenarnya. Faham? ^_^

      Delete