Wednesday 30 January 2013

Cakap je lebih,buatnya tak...



Dikisahkan dalam satu cerita…

Ada sebuah kampung...
Yang mana masyarakat kampung tersebut tinggal dengan aman di kampung tersebut...
Sehinggalah pada suatu ketika...
Datang seorang lelaki gila yang kemudiannya memanjat sebatang pokok
Lantas membuat bising di atas pokok tersebut...

Kemudian,orang kampung mula berkumpul...
Dan berbincang bagaimana untuk menurunkan lelaki gila ini...

Lantas mereka membawa sebilah parang dan berkata (sambil menggertak)...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak...kami potong pokok ini dengan parang ini....!!”

Orang gila ini memandang mereka...dan kemudiannya tersengih...

“Dia tak turun??
Tak boleh jadi ni....”,kata orang kampung.

Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebilah kapak dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami tebang pokok ini dengan kapak ini....!!”

Orang gila tadi terus memandang.......
.....dan terus juga tersengih...

“Dia tak nak turun jugak??
Tak boleh jadi ni...”,kata orang kampung

Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebilah gergaji kayu dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami tebang pokok ini dengan gergaji yang tajam ini....!!”

Orang gila tadi terus memandang..........
.....dan terus juga tersengih...

“Cis,dia tak nak turun jugak??
Kena fikir cara lain lagi ni...”,kata orang kampung


Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebuah gergaji rantai dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi sambil menghidupkan enjin gergaji rantai itu tadi...




“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami potong pokok ini..!
Gergaji rantai ni tajam ni....!!”

Orang gila tadi terus memandang.........
.....dan terus juga tersengih...

“Adohh...Dia tak nak turun jugak ke...??
Kena guna cara lain lah...Siapa ada idea?”,orang kampung berbincang.

Kemudian,bangkit seorang dalam kalangan mereka memberikan cadangan...

“Aku dengar dekat kampung sebelah tu ada seorang lelaki gila jugak...
Cuba kita panggil dia dan minta dia turunkan kawan dia yang gila ini...
Kalau gila dengan gila,baru lah boleh masuk...”

Lantas mereka kemudiannya memanggil ‘lelaki gila kampung sebelah’ dan menyuruh lelaki gila ini menurunkan kawannya di atas pokok itu tadi...


Lelaki gila kampung sebelah ini terus berkata kepada kawannya di atas pokok itu...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,aku potong pokok ini..!”,kata lelaki gila ini kepada kawannya sambil menggertak-gertak dengan SEBILAH PISAU PENCUKUR yang dibawa keluar dari poketnya...


Orang gila di atas pokok itu terus kelam-kabut turun daripada pokok itu apabila melihatkan kepada kawannya yang mula membawa keluar SEBILAH PISAU PENCUKUR...

Dan lantas juga lelaki gila kampung sebelah tadi terus beredar pergi melihatkan kepada tugasnya yang telah selesai...

Orang kampung mula pelik kehairanan (~dan anda yang membaca juga saya pasti pelik kehairanan...tertanya-tanya kenapa bukan...?? ^_^ )





Lantas mereka berpakat pergi berjumpa orang gila yang baru sahaja turun itu tadi dan bertanya kepadanya...

“Apsal kau takut sangat,terus turun bawah bila lelaki tadi gertak kau dengan sebilah pisau pencukur...tapi dengan kami yang guna parang,kapak...dengan gergaji rantai sekali... Kau tak takut pulak nak turun..???”


Orang gila ini terus menjawab selamba...

“Tu laa kau..... Kau tak tahu,lelaki yang guna pisau pencukur tadi tu orang gila...
Bila dia cakap...dia akan buat betul-betul....
Bukan macam korang....”



~Sedangkan orang gila pun tahu yang ‘orang normal’ ini cakap sahaja lebih...buatnya tidak...~



Begitulah juga dengan kita...
Lebih-lebih lagi dalam bulan Rabiul Awal...bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ini...

Cakap sahaja lebih....

“Aku sangat cintakan Nabi...”
 “Aku betul-betul teringin untuk bersama dengan Nabi di syurga nanti...”
“Akulah umat Nabi yang terulung ini...”


Tapi sunnah-sunnah percakapan & perlakuan Nabi,haram sepatah pun tak diikuti...
Akhlak-akhlak mulia Nabi jauh sekali dicontohi...
Bahkan para artis & pemain-pemain bola lebih disanjung tinggi...

Hati-hatilah wahai umat Nabi...
Bimbang-bimbang kita ini tidak Nabi akui sebagai umatnya di akhirat nanti... (Na’uzubillahi min zaalik)


Bila disebut sahaja nama Nabi...
Lantas kita lah orang pertama yang mengaku cintakan Nabi ini...

Bila tiba sahaja sambutan Maulid Nabi...
Kitalah orang pertama yang mengiktiraf ‘Aku memang sangat merindui Nabi’...

Tapi bila dilihat pada hari-hari lain kebiasaannya...
Kitalah orang pertama yang paling buruk akhlaknya terhadap orang lain..bukan seperti Nabi...
Kitalah orang pertama yang paling tidak menjaga kebersihan mengikuti sunnah Nabi...
Kitalah orang pertama yang paling kuat mengumpat,melanggar perintah Nabi...
Kitalah orang pertama,paling lewat bangun Subuhnya untuk mengejar suruhan Allah seperti Nabi...
Kitalah orang pertama yang berkorbar-korbar main games,tengok movie...membazir masa,tidak macam Nabi...


Memang....

Syaitan memang bijak kerna berjaya membuatkan kita menyangka bahawa kita telah mengikuti segala sunnah Nabi di hari kelahirannya dengan berzikir,berqasidah,berarak sambil berselawat...

Tapi sedarlah wahai umat Muhammad... (s.a.w.)
Sunnah Nabi bukan terhad dengan berselawat,berzikir-zikir seperti itu sahaja...
Bahkan sunnah Nabi ini sebenarnya adalah sangat-sangat luas meliputi setiap detik perbuatan kita...bermula dari celik mata di pagi hari,sehingga kepada pejam semula mata itu di malam hari...semua perlakuan di sepanjang tempoh itu sebenarnya ada sunnah-sunnah Nabi yang belum kita ketahui...

Jadi...belajar lah lagi dan lagi tentang sunnah-sunnah Nabi...
Dan apa yang lebih penting lagi...AMALKAN lah sunnah-sunnah yang telah dipelajari itu tadi...

Agar kita tidak menjadi umat yang hanya...
...cakap je lebih,buatnya tak...

Wallahua’alam.  


-credit to Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufri



Monday 21 January 2013

“Kenapa kita nak ambik sangat pendapat-pendapat Ulama' tu? Kan Nabi s.a.w. kan panduan utama kita!"




Al-kisah pada zaman dahulu terdapat seorang ulama’ bersama-sama dengan anak-anak muridnya di sebuah madrasah pengajian di Indonesia…

Lantas,tiba-tiba seorang daripada anak muridnya berkunjung ke rumah gurunya itu untuk bertanyakan suatu soalan…

Lantas ia berkata:

“Wahai syeikh,kenapa perlu kita mengambil hukum-hukum daripada kalam-kalam (kata-kata atau pendapat-pendapat) ulama’-ulama’ terdahulu…?”

“Kan lagi bagus kalau kita ambil je terus hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah ataupun kalam-kalam Nabi Muhammad s.a.w. ….?”


Si guru mendengar sambil mendiamkan diri…

“Panduan utama kita kan Allah dan Rasul-Nya… Betul tak? Jadi,terus je lah kita ambil hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah ataupun kalam-kalam Rasulullah s.a.w. terus…..

Ni tidak… Asyik-asyik kita cakap : ‘Mengikut pendapat Imam Ghazali r.h.’ (sebagai contoh)…. Asyik-asyik : ‘Sepertimana yang dikatakan oleh Imam Syafie’ r.h.’…. Asyik-asyik  : ‘Dalam masalah Feqah ini,terdapat dua pendapat ulama…. Imam Romli kata sekian dan sekian…manakala Imam Ibn Hajar kata sekian dan sekian… ’


Si guru terus mendiamkan dirinya sambil mendengar….. dan mendengar….

“Tak boleh ke kalau kita terus je kata : ‘Hukum-hukum ini adalah sepertimana yang dikatakan oleh Allah s.w.t ….. Sepertimana mengikut kalam Nabi Muhammad s.a.w.!”

“Kan dua perkara ni kan panduan utama kita…”

“Kenapa kita nak ikut sangat kalam-kalam ulama’ tu…? Mereka tu lagi bagus ke daripada junjungan mulia,Nabi Muhammad s.a.w. ….?? Ambil je lah terus hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah dan kalam-kalam Rasulullah s.a.w.”


Si guru memulakan bicaranya…

“Hmm,kamu ni… Banyak sangat cakapnya tu… Penat nanti….”

“Tenang dulu… Rileks... Minum air dulu…”

Si guru terus meminta isterinya untuk menjamukan air kepada anak muridnya ini…
Lantas beliau mempersilakan si anak muridnya ini untuk menikmati hidangan air yang disediakan tersebut…




“Jemputlah minum…”

Anak murid  yang patuh kepada gurunya ini terus menuangkan air yang berada di dalam teko yang disediakan itu ke dalam sebuah cawan untuk diminumnya…




Lantas juga si guru itu bertanya kepada anak muridnya…


“Laahhh… Kenapa kamu tuang air tu dalam cawan..? Kenapa kamu tak minum terus je guna teko itu..??”


Si murid terus menjawab…

“Lahhh… Kan lagi senang kalau kita nak minum guna cawan…” Mana ada orang minum guna teko ni terus..? Susah lah...”

”Kalau kita minum guna teko terus (directly)…kang nanti kang ada air yang tumpah meleleh kat tepi-tepi tu… Lepas tu,air dalam teko ni kan panas… Banyak pulak tu… Mana larat nak teguk sekali banyak terus …Tuanglah dalam cawan dulu bagi sejuk sikit….. Tak perlu nak gelojoh-gelojoh sangat…”


Si guru lantas berkata…

“Haah… Itulah jawapan bagi soalan-soalan kamu tadi….!!”

“Kita sebenarnya bukan tak nak ambil hukum-hakam daripada Allah s.w.t atau daripada Rasulullah s.a.w. terus…”

“Tapi sebenarnya kita sendiri yang tak mampu untuk mengambil hukum-hakam itu terus daripada mereka…”

“Kita perlukan mereka yang lebih arif (lebih tahu) lagi mengenai perkara ini untuk menerangkan nya kepada kita…”

“Siapa lah kita ini jikalau nak dibandingkan dengan Ulama’-ulama’ seperti imam Ghazali,imam Syafie’,imam Nawawi,imam Romli,imam Ibn Hajar dan ulama’-ulama’ yang lain yang tekun menuntut ilmu berpuluh-puluh tahun itu…”


Si  murid tadi terdiam.



Dalam merentasi kehidupan di saat akhir-akhir dunia ini…
Ramai antara umat-umat akhir zaman ini yang kadang-kadang mempertikaikan kewibawaan sesetengah ulama’-ulama’ yang telah banyak berjasa kepada mereka…

Bahkan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap menghina ulama’-ulama’ ini (Nau’zubillahi min zaalik)

Kata sebahagian daripada mereka…

“Kenapa kita zaman sekarang ni selalu sangat nak ambik pendapat-pendapat ulama’ tu,pendapat-pendapat ulama’ ni…! Kita lupa ke yang Nabi Muhammad s.a.w itu adalah panduan utama kita! Tahu tak sahabat-sahabat semua yang tindakan kita ini seolah-olah menunjukkan kita ini mengenepikan Rasulullah s.a.w!!??”

“Kita nak ambik pendapat mereka ke nak ambik pendapat Nabi s.a.w!!!?”



Perghh… Cakap kencang….

Cakap kepada mereka…


“Aku nak ambik pendapat mereka (para ulama’) dan aku nak ambik pendapat Nabi s.a.w. …”
“Aku tak nak ambik pendapat kau!!”   ^_^





Tatkala kita pada zaman ini menggunakan pendapat-pendapat para ulama’ yang faqih dalam bidang-bidang ilmu mereka mengenai permasalahan sesuatu perkara*

Bukanlah bermakna kita seolah-olah mengenepikan Junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w…
Bahkan kitalah sebenarnya yang menyanjung tinggi pendapat Nabi s.a.w. ini dengan MEMAHAMI TUJUAN SEBENAR YANG INGIN DISAMPAIKAN oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. ….

*Digunakan kepada perkara-perkara furu’ bukan usul kerna perkara-perkara usul tidak memerlukan kepada perbahasan ulama’ kerna jumhur ulama’ bersetuju mengenainya.
[furu’ = cabang-cabang ilmu asas@persoalan-persoalan sampingan seperti solat-solat sunat]
[usul = perkara-perkara asas seperti Allah itu satu,solat itu wajib]



Al-kisah ada seorang lelaki sedang duduk di ruang tamu rumahnya…
Lantas dia berkata kepada bibik*nya yang sedang berada di dapur ketika itu…

*(Bibik = Panggilan untuk orang gaji di Malaysia yang berbangsa Indonesia)

“Bibiiiik…  Tolong ambilkan air….”

Lantas si bibik yang sedang berada di dapur itu datang ke ruang tamu sambil membawa secawan air teh panas…. untuk majikannya itu tadi minum…

Lelaki itu pun meminumnya…

Dan kemudiannya lelaki tadi tiba-tiba berhajat untuk membuang air kecil…
Lantas dia segera bergegas pergi ke tandas rumahnya itu…

Ketika sedang dibuang ‘hajatnya’ itu…
Dia mendapati bahawa tiada air yang keluar daripada kepala paip tandasnya itu…

“Mungkin air takde kot hari ini…”
Bisik hatinya…

Lantas dia melaungkan suaranya untuk meminta bantuan bibik ketika itu…

“Bibiiiiik…. Tolong ambilkan air….”

Lantas bibik yang dipanggil itu tadi datang kepada majikannya itu sambil membawa SECAWAN TEH PANAS!!

(Adohh…panasnya…   ^_^)


Tafsiran yang ingin disampaikan sebenarnya adalah berbeza untuk mesej yang kekadang bunyinya adalah sama…

Begitulah juga dengan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. ….
Bukanlah kita tidak mahu untuk MENGAMBIL TERUS hukum-hakam daripada hadis-hadis atau ayat-ayat Quran itu tadi (mengikut pemahaman kita)…

Tapi sebenarnya kita sendiri yang kadang-kadang TIDAK MAMPU untuk mentafsirkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh kalam-kalam yang mulia ini…(mengikut tahap ilmu yang kita miliki)

Kerna itulah kita sangat-sangat memerlukan para ulama’ yang jauh lebih alim ini (lebih mengetahui) untuk menerangkan kepada kita makna kalam yang ingin disampaikan sebenarnya…

{فَاسئَلُوآ أَهلَ الذّكرِ إِن كُنتُم لَا تَعلَمُون}

Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada golongan yang tahu itu (iaitu mereka yang arif dalam sesuatu perkara tertentu) jika kamu tidak mengetahui.”

(surah an-Nahl : ayat 43)


Wallahua’alam.

~credit to Al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasser & Al-Fadhil Ustaz Shaouqi

Tuesday 15 January 2013

Check darah dahulu sebelum hendak 'Bercinta'!!!




Darah… (Blood)
Satu komponen yang sangat-sangat penting di dalam tubuh badan manusia…
Tanpanya badan manusia akan menghadapi seribu macam bencana…
Walaupun sangat kecil pada pandangan mata biasa…
Tapi NIKMAT kurniaan Tuhan ini sebenarnya lebih bernilai berbanding segala-galanya …

Namun…
Tidak ramai yang tahu akan kepentingannya…
Dan tidak ramai juga yang bersyukur akan  kewujudannya sebenarnya…



Hanya apabila manusia itu belajar mengenai ilmu-ilmu sedemikian rupa (ilmu perubatan @ medic) baru ia akan tersedar betapa penting dan kompleksnya tubuh badan manusia ini sebenarnya!!


‘Rhesus Factor’

Pernahkah anda terdengar akan bunyi ‘menatang pelik ni’??

Bagi mereka yang mempelajari ilmu perubatan pasti biasa terdengar akan istilah yang SANGAT PENTING ini sebenarnya…

Pabila disebut tentang ‘Rhesus factor’
Perkara yang paling biasa sekali akan dibincangkan berkaitan dengannya adalah mengenai IBU YANG HAMIL & KANDUNGANNYA…



Tahukah anda bahawa proses untuk seorang ibu memelihara kesihatannya sementara menanti kelahiran kandungannya adalah merupakan satu proses yang ‘sangat-sangat kritikal’ sebenarnya??

Walaupun kita biasanya melihat…

“Alaahh…9 bulan dalam kandungan tu bukannya lama mana pun…”

Tapi dalam tempoh 9 bulan inilah sebenarnya tempoh di mana PELBAGAI MACAM PERKARA (FAKTOR) diambil kira dalam tujuan melahirkan seorang bayi yang sihat tanpa kita sedari!

Hatta jika tersalah WALAUPUN SATU LANGKAH sekalipun boleh menyebabkan kecacatan ataupun keguguran kepada bayi di dalam kandungan itu tadi!!

Tapi artikel kali ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan mengenai semua perkara ini..
Kerna perbincangan mengenai semua perkara itu terlalu luas untuk dibincangkan di sini…

Tapi jangan risau…
Kerna apa yang ingin dibincangkan di sini juga merupakan salah satu ‘serpihan’ daripada ilmu-ilmu perubatan tersebut…


Mulanya ‘Rhesus factor’ dengan ‘Blood group’

Blood Group…
Ataupun dalam bahasa mudahnya ‘klasifikasi jenis kumpulan darah’…

Adalah sangat penting bagi seorang ibu yang mengandung untuk MENGETAHUI APAKAH JENIS DARAHNYA,JENIS DARAH PASANGANNYA DAN JENIS DARAH DALAM KANDUNGANNYA…

Dalam ilmu perubatan,darah dibahagikan kepada:

-Blood group A
-Blood group B
-Blood group AB
-Blood group O



Yang mana pembahagian jenis-jenis darah ini adalah berpandukan kepada ‘antigen’ yang ada pada permukaan sel darah itu sendiri…



Apa yang penting sangat tentang ‘Blood group’ ni??

Pabila berlaku suatu kemalangan…
Ataupun satu pembedahan disebabkan sesuatu penyakit
Yang mana ianya memerlukan kepada pemindahan darah daripada seseorang kepada seseorang yang lain (blood transfusion)…

Ketika saat inilah ILMU mengenai ‘Blood group’ ini sangat memainkan peranannya..
Pemilihan kumpulan darah yang betul untuk dicampurkan kepada kumpulan darah yang lain adalah sangat-sangat penting bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku…
Hatta jika tersalah campur antara dua darah yang berlainan ini boleh menyebabkan kepada kematian!

Percampuran antara kumpulan darah (Blood group) yang berlainan/tidak sesuai akan menyebabkan berlakunya ‘antigen-antibody reaction’ yang akan menyebabkan darah-darah tersebut bergumpal (agglutinate)



Namun,apa yang ingin dibincangkan di sini bukanlah mengenai jenis-jenis darah A,darah B,darah AB atau darah O ini…
Tapi sebaliknya apa yang ingin dibincangkan di sini adalah mengenai satu perkara yang tidak jauh juga pentingnya,namun….jarang orang tahu mengenainya…

‘Rhesus factor’


‘Rhesus factor’ dan ibu yang mengandung

Pabila berbincang mengenai darah…
Adalah penting untuk mengetahui mengenai dua sistem:

-Sistem ABO (Pembahagian kumpulan darah A,B,AB & O seperti yang dinyatakan di atas)
-Sistem Rh


Seperti yang dinyatakan di atas,pada permukaan darah terdapat sejenis ‘antigen’ (dan boleh jadi juga tidak terdapat ‘antigen’ bagi kumpulan darah O)

Dan pada permukaan darah itu juga terdapat satu lagi jenis ‘antigen’ lain yang digelar sebagai ‘Rh antigen’ yang menyebabkan kumpulan darah itu lagi dispesifikkan kepada darah kumpulan POSITIF ataupun NEGATIF…


Terdapat 5 jenis ‘Rh antigen’ : C,D,E,c dan e

Namun,yang paling biasa ditemui dan paling kuat memberi kesan kepada tubuh manusia adalah ‘Rh antigen D (Rh D)’

Lantas pabila seseorang itu mempunyai ‘Rh D’ ini pada sel darahnya,secara automatik jenis darahnya akan dikira sebagai POSITIF…

Dan sebaliknya jika tiada ‘Rh D’ pada permukaan sel darah itu,maka akan dikira sebagai jenis darah NEGATIF…

Sebagai contoh;
A+ (jika ada ‘Rh D’ pada darahnya) ataupun A- (jika tidak didapati ‘Rh D’ pada darahnya)
B+ ataupun B-
AB+ ataupun AB-
O+ ataupun O-



Masalah bagi si ibu dan kandungan

Andaikan si ayah berdarah POSITIF…
Manakala  si emak berdarah NEGATIF…

Persetubuhan antara si ayah dan si ibu (sexual intercourse) untuk melahirkan suatu zuriat besar kemungkinan akan melahirkan anak di dalam kandungan yang berdarah POSITIF  (DISEBABKAN SI AYAH YANG BERDARAH POSITIF)…


Masalah BESAR timbul bagi ibu yang berdarah NEGATIF dan pada masa yang sama kandungannya berdarah POSITIF

Dan kebiasaannya masalah TIDAK akan timbul bagi kandungan yang PERTAMA…tetapi masalah yang sangat-sangat bahaya akan timbul bagi KELAHIRAN YANG SETERUSNYA




Tatkala tiba proses kelahiran bayi pertama(bersalin)…
‘Placenta’ yang menyambungkan antara si janin (bayi di dalam kandungan) dengan si ibu akan dicabut (bertujuan untuk membawa bayi itu keluar dari rahim ibunya)…
Lantas akan menyebabkan saluran darah rahim (uterine vessel) si ibu terkoyak sedikit…
Yang kemudian akan menyebabkan darah si janin bercampur dengan darah si ibu tadi…

Percanggahan yang berbeza (contra) antara darah POSITIF janin dan darah NEGATIF ibu ini akan merangsang sistem imuniti si ibu untuk menghasilkan sejenis antibody bernama ‘anti-Rh’

Dan seterusnya jumlah penghasilan ‘Anti-Rh’ ini akan meningkat hari demi hari sehingga mencapai kepada tahap tertingginya…


Kandungan seterusnya akan bermasalah

Kelahiran bayi pertama adalah normal...

Namun apabila si ibu mengandung buat kali KEDUANYA bersama-sama kandungan yang berdarah POSITIF,’anti-Rh’ yang sudah terhasil tadi akan mula bertindak balas terhadap darah si janin (bayi di dalam kandungan kedua) ini lantas akan menyebabkan berlakunya PENGGUMPALAN DARAH BAGI SI JANIN INI...

Masalah ini seterusnya akan menyebabkan pembekalan segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh janin ini (melalui tali pusat si ibu) tersumbat...
Bekalan oksigen untuk janin ini juga akan turut tersumbat...
Lantaran daripada itu,akan timbul pelbagai lagi masalah/komplikasi kepada si janin ini...

Tindak balas yang lebih teruk lagi akan menyebabkan kebarangkalian BESAR untuk si janin ini MATI!
Dan andai si janin ini berjaya untuk dilahirkan sekalipun,ia akan hidup dengan menghidapi beberapa masalah yang berkaitan dengan ‘erythroblastosis fetalis’ !!

Dan masalah yang sama akan turut berlaku bagi kandungan-kandungan seterusnya...



Cara untuk atasi??

- Si ibu hendaklah disuntik dengan ‘anti-Rh serum’ (anti-RhD immunoglobin) serta-merta selepas kelahiran bayi (dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran bayi)...

Yang mana ‘Anti-Rh serum’ ini berfungsi untuk me’neutral’kan ‘antigen Rh D’ yang terkandung dalam darah si bayi ini tadi lantas menyebabkan sistem imuniti si ibu TIDAK TERANGSANG untuk menghasilkan apa-apa jua bentuk ‘anti-Rh D’...



-Satu cara lagi untuk mengatasi masalah di atas adalah bagi WANITA yang berdarah NEGATIF untuk TIDAK BERKAHWIN dengan mana-mana lelaki yang berdarah POSITIF   (APA!!? Takdelah...bergurau je...   ^_^) 

Namun,andainya ‘sudah tersurat takdir’ pasangan kita adalah seperti yang di atas (si perempuan berdarah negatif & si lelaki berdarah positif),maka tidak menjadi masalah untuk teruskan perkahwinan itu...

Teruskanlah...
Islam tidak menghalang perkahwinan berlainan jenis darah...

Bukankah takdir itu di tangan Tuhan?


Namun perlu diingati bagi pasangan yang mempunyai padanan ‘kritikal’ seperti ini (isteri darah negatif & suami darah positif),adalah sangat-sangat penting untuk si isteri mengambil suntikan ‘anti-Rh D’ serta-merta setiap kali selepas melahirkan bayi kandungannya seperti yang dinyatakan di atas tadi!

Jangan lupa yang itu!!

Dan amalan memberi suntikan ‘anti-Rh D’ ini pun sebenarnya TELAH MENJADI KEBIASAAN bagi setiap doktor di kebanyakan hospital sekarang ini...

Cuma takut-takut andai doktor itu terlupalah... (Nau’zubillah)
Siapa yang nak ingatkan??

Kita yang sudah tahu inilah yang kena saling mengingatkan...


*Masalah-masalah yang dinyatakan di atas hanya akan berlaku bagi pasangan suami berdarah positif & isteri berdarah negatif. Untuk selain daripada itu;
-suami berdarah positif,isteri berdarah positif
-suami berdarah negatif,isteri berdarah negatif
-suami berdarah negatif,isteri berdarah positif

Adalah tidak menjadi sebarang masalah kepada ibu dan kandungannya (bersyukurlah banyak-banyak...)

Wallahua’alam.