Tuesday 10 June 2014

Mencari Taubat di Laman Whatsapp



Sengaja dinamakan tajuk seperti di atas kerana perbincangan mengenai 'taubat' ini berlaku di dalam sebuah group Whatsapp sebenarnya  =)
*Nama-nama yang digunakan bukan nama sebenar



Hasan : Wei guys, aku nak tanya sedikit ni. Ada seorang hamba Allah ni. Dia buat maksiat. Semasa sedang buat maksiat tu, dia tahu dia sedang buat sesuatu perkara yang berdosa. Kemudian dia bertaubat, minta Allah SWT kuatkan lagi dirinya untuk tidak buat lagi... Tapi kemudian dia buat dosa lagi. Taubat. Buat lagi. Taubat lagi. Buat lagi... Kalau kita lihat, dia seperti bermain-main, tapi sebenarnya dia tidak kuat untuk tinggalkan maksiat tu... Ada pertanyaan dari seorang hamba Allah ini. Apa komen korang?

Ahmad : Ada Hadis Qudsi tentang perkara ni.

Abu : Maknanya taubat dia TAK DITERIMA, kerana tidak memenuhi syarat sah taubat.

Hasan : Manusia tahu ke taubat mereka diterima atau tidak..??

Ahmad : Allah tetap ampunkan, dengan syarat dia buat atas sebab memang kalah dengan nafsu dan tak berniat menipu Allah... Dalam hadis tu, Allah tetap mengampunkan dosa hamba-Nya sebab hamba-Nya tahu hanya Allah SWT yang boleh mengampunkan dosa. Dia ulangi buat dosa sebab lupa dan lemah, bukan sengaja...

Abu : Ya, tak tahu. Tetapi kita boleh samakan dengan solat. Kalau tak sah solat, memang bermakna solat tu tak diterima lah kan... Samalah juga bagi taubat, tanda sesuatu taubat itu tidak diterima adalah pabila ia berterusan juga dalam melakukan maksiat, tak memenuhi syarat-syarat sah bertaubat...

Hasan : Erk. . . . . . . 

Ali : Wei Hasan...

Hasan : Apa dia?

Ali : Hasan. Hasan.

Hasan : Nak apa?

Ali : Wei Hasan. Hasan. Hasan.

Hasan : Apa benda kau ni Ali!? Nak apa!??

Ali : Bosan tak aku panggil kau banyak kali? Agak-agak Allah SWT bosan tak macam mana kau bosan??

Hasan : Ouch. . . . . .deep . . . . . . .

Ahmad : Tapi antara tanda diterima taubat ialah kita dapat meninggalkannya.

Hasan : Kadang-kadang orang selalu menyusahkan urusan taubat...

Ali : Urusan kau dengan Tuhan, itu urusan kau dengan Tuhan. Orang cakap apa pun, kalau itu antara kau dengan Tuhan, maka itu engkau dengan Tuhan.

Abu :  Bukan menyusahkan, tapi menunjukkan cara yang betul. Macam mana nak sampai kalau jalan itu salah kan...?

Ali: Again. "Kata-kata orang". Takkan boleh mencampuri urusan kau dengan Tuhan.

Ahmad : Macam orang yang solat, tanda diterima solat ialah terhindar daripada melakukan maksiat.

Ali : Hati itu benda liar. Sebab itu tempatnya di dalam rib CAGE.

Husin : Hasan, cuba search video Habib Ali kat YouTube, "Nasihat Untuk Remaja", rasanya itu tajuk dia...

Abu : Sebagaimana solat tidak diterima kerana salah cara buat, maka taubat juga tidak diterima kerana salah kaedah, Benda yang dibuat dengan betul akan mendekatkan diri kita dengan Allah.

Ahmad : Bagi orang awam, tak dinafikan akan ketergelinciran mereka daripada janji taubat kepada Allah. Bagi yang salik ila Allah (golongan wali Allah), memang sesuai jikalau diketatkan proses bertaubat itu. Cuba rujuk kisah seorang lelaki yang membunuh 99 orang tu. Si 'Abid kata Allah tak ampunkan. Si 'Alim kata Allah ampunkan. Mana yang lebih mendatangkan manfaat kepada pendosa dan menanamkan husnuzzohn pendosa kepada Allah SWT itu?   ^_^

Hasan :    ^_^


 --------------------------------------------------------

Ketika melihatkan kepada komen-komen sahabat aku di atas ni, aku tiba-tiba teringat kepada suatu saat, ketikamana kami menghadiri satu ceramah Fadhilatus Syeikh Rifaat Fauzi rahimahullahu ta'ala sebelum ini...


Ketika bersama-sama dengan Syeikh itu, suatu ketika, Syeikh ditanya oleh seorang hadirin,


"Wahai Syeikh, saya ini seorang yang kerap berbuat maksiat, kemudian saya bertaubat, tapi kemudiannya saya berbuat dosa lagi, dan kemudiannya saya bertaubat lagi... kemudian buat dosa, taubat, buat dosa, taubat...

Berulang-ulang perkara ini sehinggakan suatu ketika saya merasakan bahawa saya sudah kecewa/putus asa dengan diri saya sendiri... kerana saya rasa seolah-olah seperti bermain-main pula...

Bagaimana caranya Syeikh untuk saya mengubati hati saya ini? "

Jawab Syeikh:

"Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah SWT kerana memang benar, bahawa dunia ini diciptakan sebagai tempat untuk menguji sang manusia...

Nabi Adam AS juga dahulu berbuat dosa dengan Allah di Syurga (makan buah larangan), tapi selepas itu Baginda bertaubat & mengakui kesilapan diri...

Berbeza dengan Iblis yang juga berbuat dosa (tidak mahu tunduk sujud dengan arahan Allah) tetapi Iblis selepas itu tidak bertaubat & tidak mengaku kesalahannya, malah makin kuat lagi menentang Allah selepas itu...

Maka TAUBAT inilah yang membezakan antara Manusia yang mulia dengan Iblis...

Maka teruskanlah dengan amalan Taubat itu dan kuatkan lagi dengan azam untuk berhenti buat dosa itu sampai bila-bila..."

~Kita diuji, orang lain juga diuji. Namun persoalannya bagaimana kita memastikan ujian yang dihadapi itu semakin mendekatkan kita dengan Allah sebenarnya?


No comments :

Post a Comment