Monday 9 June 2014

Pengalaman 'ber-dating' dengan kematian




Teringat lagi setahun yang lepas, semasa saya baru berada di bumi Mesir di waktu itu..

Di awal-awal tahun pertama berada di bumi asing...
Di waktu itu juga lah saya diuji dengan bermacam-macam berita sedih daripada tanah air...


Semasa tahun pertama berada di Mesir, mendapat perkhabaran daripada kenalan-kenalan di Malaysia bahawa arwah guru bahasa Jepun saya, Cikgu Latiffah Binti Abdullah (semoga Allah SWT merahmatinya) jatuh sakit tenat sehingga dimasukkan ke dalam wad disebabkan menghidap kanser rahim...



Selang beberapa minggu selepas itu, beliau meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...

Kemudian, tidak lama selepas itu, mendapat perkhabaran daripada keluarga pula, mengkhabarkan bahawa arwah nenek kesayangan saya, Rodziah Binti Yunus (semoga Allah SWT merahmatinya) mengalami kanser hati yang sangat kritikal... 



...dan selang beberapa minggu kemudian, beliau turut meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...

Kemudian mendapat perkhabaran lagi daripada keluarga, mengkhabarkan arwah emak saudara saya,  mak chak Dahlia (semoga Allah SWT merahmatinya) dimasukkan ke dalam wad kecemasan disebabkan kanser  yang semakin parah...


Selang beberapa ketika selepas bertarung nyawa itu, beliau turut meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...



Belum.
Belum berakhir lagi ujian itu...

Tidak lama selepas itu, arwah sepupu kesayangan saya, Alyf Syah bin Mohd Fahmi (semoga Allah SWT merahmatinya) pula dikhabarkan menghidap barah otak yang agak kritikal...



...dan selang beberapa ketika selepas itu, beliau pun turut pergi meninggalkan dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...


Ya. Kesemua ujian ini diberikan kepada saya sewaktu tahun pertama saya berada di bumi Mesir.. 
Ya. Kesemua nyawa insan-insan kesayarangan ini ditarik semasa saya masih berada di bumi Mesir lagi...
...dan kesemua pengebumian mereka ini tidak dapat saya hadiri bersama dek kerana tanggungjawab menuntut ilmu di bumi asing ini...


Namun, bukan kesedihan itu yang ingin saya ceritakan di sini...
Kerna 'Setiap yang bernyawa itu pasti akan menghadapi juga saat KEMATIAN nya suatu hari nanti..'
 { كل نفس ذائقة الموت }
Dan giliran kita menanti pula selepas ini...
Itu sudah pasti...

Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana keadaan/tindak balas kita untuk menghadapi dengan situasi-situasi yang pahit untuk ditelan sebegini sesekali sebenarnya?



Semasa arwah-arwah di atas masih hidup lagi (dalam keadaan sakit selepas perkhabaran berita), teringat lagi saya kepada pengalaman berada di bumi asing itu...

Mesej bertalu-talu masuk meminta mendoakan kesembuhan yang maksima buat mereka-mereka di atas yang masih hidup lagi ketika itu
Selepas sahaja menerima berita-berita yang menyedihkan dari Malaysia itu, diri ini tak putus-putus berdoa meminta agar kesembuhan diberikan kepada insan-insan tersayang tersebut... 


Sehinggalah di suatu ketika... ketika di hari raya Aidilfitri...

Waktu ketika di pagi raya selepas selesai sahaja solat sunat Aidilfitri di Mesir itu, cepat-cepat saya membuka laptop untuk ber-Skype bersama-sama keluarga yang sedang beraya beramai-ramai di kampung halaman bersama arwah nenek saya itu...

Kemudian bergembiralah saya sebentar melepaskan rindu melihat satu per satu wajah ahli keluarga yang sedang beraya bersama-sama mereka ketika itu...
Namun, pabila webcam laptop dialihkan sahaja ke muka arwah nenek saya yang sedang bertarung sakit (kanser) ketika itu, hati ini tiba-tiba menjadi sebak...

Sedih melihatkan kepada wajah beliau yang semakin bengkak-bengkak, badan yang semakin lemah, mata yang semakin mengecil (akibat bengkak-bengkak di muka itu), kesan daripada sakitnya penyakit kanser yang diujikan ke atas beliau ketika itu...

Begitu juga ketika melihatkan kepada arwah sepupu saya yang kecil molek itu, ketika saat beliau diuji dengan sakit barah otak itu... Allah... tiada hati yang dapat menahan sebak melihat beliau melawan sakit yang dialaminya di waktu itu...





arwah selepas mengalami pembedahan


Jujur saya kata tiada hati yang dapat menahan sebak tatkala melihat wajah-wajah mereka yang sedang bertarung melawan peritnya kesakitan yang mereka alami ketika itu...


Lantas, selepas mengenangkan sahaja keadaan-keadaan di atas ini, doa-doa yang saya minta kepada-NYA terus bertukar...berbeza sedikit daripada yang sebelumnya...
Jikalau doa-doa saya sebelum ini semuanya hanyalah kepada meminta agar diberi kesembuhan sahaja semata-mata, namun kalini dan masa-masa yang seterusnya akan jadi berbeza sedikit daripada yang sebelumnya...

"Ya Allah, Kau berikanlah YANG TERBAIK buat mereka-mereka ini ya Allah...
Andai kesembuhan itu adalah Yang Terbaik buat mereka, maka Kau kurniakanlah semula nikmat kesembuhan itu kepada mereka.. dan Kau jadikanlah mereka ini hamba-hamba yang semakin taat kepada Engkau selepas mereka kembali sembuh itu ya Allah...

Namun, andai yang sebaliknya itu adalah Yang Terbaik buat mereka (tidak sampai hati nak cakap 'Kematian' meskipun ianya sangat pahit untuk diterima), maka Engkau lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu ini ya Allah...

Mudah-mudahan takdir kesembuhan itu adalah yang Terbaik di sisi Engkau Ya Allah...(kerana semua orang mengharapkan kepada ini sebenarnya) Namun, Engkau LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK buat hamba-Mu ini ya Allah..."


Ya. Saya akan MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA...
Moga-moga takdir yang Allah SWT tetapkan kemudian itu ke atas mereka adalah YANG TERBAIK buat mereka sebenarnya..

Kerna boleh jadi nikmat kesembuhan itu adalah Yang Terbaik buat mereka...
Dan boleh jadi takdir kematian itu adalah Yang Terbaik buat mereka...

Kita tidak tahu antara dua ini yang mana satu adalah YANG TERBAIK buat mereka...
Kerna hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui hakikat terbaik buat seseorang hamba itu sebenarnya...



Ya. Kebanyakan dari kita memang sangat berharap agar diberikan nikmat kesembuhan itu kepada insan-insan yang sangat kita sayangkan ini sebenarnya...

Namun boleh jadi nikmat kesembuhan itu bukanlah yang terbaik buat mereka sebenarnya (kerna selepas mereka sembuh, boleh jadi penyakit yang ditanggung itu akan tetap berterusan dan kesakitan yang akan mereka tanggung sepanjang hidup mereka selepas itu boleh jadi akan bertambah dan berada di luar batas kemampuan mereka untuk menanggung perit kesakitan itu sebenarnya)

Meskipun kekadang sungguh berat hakikat ini untuk kita terima, namun, boleh jadi inilah hakikat YANG TERBAIK ditetapkan untuk insan-insan kesayangan kita ini sebenarnya...

كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتَالُ َوهُوَ كُرهٌ لَّكُم وَعَسَى أَن تَكرَهُوا شَيئاً وَّهُوَ خَيرٌ لَّكُم وَعَسَى أَن تُحِبُّوا شَيئاً وَّهُوَ شَرُّ لَّكُم وَاللهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لَا تَعلَمُون


"Telah diwajibkan ke atas kamu itu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu adalah baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu adalah tidak baik bagimu, Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(surah al-Baqarah : ayat 216)


Namun segala pengharapan itu memang kita akan letakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT itu sebenarnya...
Biar apa pun yang berlaku selepas ini, biarlah itu takdir yang terbaik buat mereka semuanya...



Itu cerita dahulu... (Semoga Allah SWT merahmati mereka semua dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambaNYA yang soleh, amin.)

Dan sekarang saya diuji dengan berita kemalangan jalan raya seorang kawan se-sekolah di Alexandria (Mesir) bersama-sama dengan 5 orang lagi sahabat-sahabatnya pula...

Kemalangan jalan raya sebuah van yang agak kritikal dan kini sahabat saya itu dimasukkan ke dalam wad ICU di sana buat sementara waktu...


...dan doa yang sama tetap saya akan panjatkan ke hadrat-NYA meminta YANG TERBAIK buat mereka semua dan insan-insan lain yang akan diuji pula kemudian selepas ini nantinya...

"Ya Allah, Kau berikanlah YANG TERBAIK buat sahabat ku ini ya Allah...

Teruskan berdoa dan doa yang tidak henti-henti daripada kita semua untuk diri kita & saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik ini. Harini giliran mereka diuji, esok lusa belum tahu giliran siapa antara kita yang akan diuji pula. Doa-doakan moga-moga diberikan takdir yang terbaik untuk kita semua sehingga ke akhir hayatnya...



اَللَّهُمَّ اختِم لَنَا بِحُسنِ الخَاتِمَة وَلَا تَختِم عَلَينَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة



"Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan sebaik-baik pengakhiran dan janganlah Kau matikan kami dalam keadaan seburuk-buruk pengakhiran ya Allah..."


Allah Lebih Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
Doa-doakan.



Kutipan derma kilat mangsa kemalangan mahasiswi pergigian di Iskandariah. 


Sehubungan dengan tragedi kemalangan yang menimpa sekumpulan mahasiswi pergigian di Iskandariah, Jabatan kebajikan dan kemanusiaan, PERUBATAN sesi 2014/2015 telah melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu kos-kos rawatan yang sangat tinggi ini. 

Sebarang sumbangan melalui perbankan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

CIMB Islamic
Nur Hanisah Binti Naspu
06100003169203

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada

1. Ketua Jabatan: Nurhakim bin Ibrahim
Telefon: +20111 814 4288
Whatsapp: +2012 800 36032 

2. Timbalan Ketua Jabatan: Aisyah Fakriyah binti Latif
Telefon: +20114 685 4320/+20114 294 3443
Whatsapp: +20114 829 8371

Ilmuwan berbakti, teguh sehati

"At-taqwa,as-Syifa',ar-Rahmah"
Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2014/2015


No comments :

Post a Comment