Berborak-borak tentang keputusan
peperiksaan masing-masing ketika sedang lepak-lepak tadi. Ada diantara
sahabat-sahabat yang berjaya dan ada juga yang gagal.
Hati seolah-olah berasa tidak
tenang, kerana ada dari kalangan sahabat-sahabat yang gagal dan aku kenal itu
merupakan antara mereka yang sangat rajin bekerja untuk kebaikan
sahabat-sahabat kami yang lain.
Kemudian, azan Maghrib
berkumandang. Cepat-cepat kami bersiap dan ke masjid bawah untuk menunaikan
solat Maghrib berjemaah.
Ketika sedang solat yang tidak
dalam keadaan berapa khusyuk kerana memikirkan keadaan kurang bernasib baik
sahabat-sahabat aku itu, tanpa disedari imam tiba-tiba membacakan sepotong ayat
yang membuat aku seperti ditampar seketika,
{ أُولًئِكَ الّذِينَ امتَحَنَ اللهُ قُلُوبَهُم
لِلّتَقوَى لَهُم مَغفِرَةٌ وَأَجرٌ عَظِيم…. }
“….mereka itulah orang-orang
yang diuji hatinya oleh Allah untuk bertaqwa, bagi mereka ampunan dan pahala
yang besar.”
(surah al-Hujurat : ayat 3)
Ayat yang dibacakan imam itu
cukup-cukup membuatkan aku seakan-akan seperti dihantukkan kepala ke dinding sebentar.
Meskipun ayat tersebut tidaklah menyentuh tentang perihal soal peperiksaan
langsung, tetapi beberapa rentas potongan ayat-ayat terakhir itu cukup-cukup
membuatkan aku rasa terkesan.
Benarlah itu suatu UJIAN.
Ya. UJIAN. Bagi mereka yang
GAGAL dan perlu mengulangi kertas peperiksaan itu, memang ia nampak seakan-akan
seperti itu merupakan suatu ujian yang besar, petanda kepada suatu kegagalan.
Namun hakikatnya bagi mereka yang BERJAYA, itu juga merupakan ujian yang lebih
besar lagi sebenarnya.
Kerana ramai yang tidak nampak bahawa NIKMAT KEJAYAAN
itu juga merupakan suatu UJIAN.
Ya. Apabila kita gagal dalam sesuatu peperiksaan,
keadaan itu akan menyebabkan kita kekadang rasa lemah semangat, futur, down.
Tetapi kemudiannya kita akan bangkit semula dan bekerja lebih keras lagi kerana
kita tahu bahawa hakikat sebenar memerlukan kepada usaha dan penggantungan yang
lebih lagi kepada Allah SWT.
Kekadang ujian kegagalan itu boleh menyebabkan
kita menjadi seorang yang lebih mendekatkan diri lagi kepada Tuhan, seorang
yang cuba untuk menjadi lebih baik lagi, dan itu adalah kesan terbaik bagi
seseorang yang ditimpa dengan ujian kegagalan itu sebenarnya.
Kegagalan sebagai UJIAN yang mengubah diri kita kepada
insan yang lebih baik lagi.
Namun, pabila kita diberikan kejayaan dalam sesuatu
peperiksaan, ramai yang tidak sedar hakikat bahawa itu juga merupakan satu
bentuk ujian ke atas kita juga sebenarnya. Ujian untuk menguji orang jenis apa
kita akan jadi selepas diberikan nikmat kejayaan itu sebenarnya?
Adakah menjadi seorang yang bersyukur? Berbangga? Mendabik
dada? Atau bagaimana??
“Ya, walaupun
aku sibuk dengan bermacam-macam kerja, aku dapat juga result exam yang baik! Hebat
juga kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang takde kerja banyak sangat tu.
Terbaiklah aku!” (sedikit demi sedikit unsur riak meresap)
“Ya, aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan ini. Terbaiklah! Tak sia-sia usaha keras aku sebelum exam haritu!”
(sedikit demi sedikit lupa usaha bantuan orang lain, lupa doa-doa orang lain,
lupa kekuasaan Tuhan yang memberi)
Kejayaan sebagai UJIAN yang mengubah diri kita ke arah
yang salah tanpa kita sedar sebenarnya.
SAHABAT KITA GAGAL. BAGAIMANA MENGHADAPINYA?
1- Berikan
support yang bersungguh-sungguh kepada mereka seperti hantar private message
memberikan ucapan “Jangan risau Ali. InsyaAllah kau boleh punya. Kalau ada
apa-apa yang nak aku tolong bagitahu je lah ya.”
2- Jangan
bersembang-sembang ‘menganjing-nganjing’ gred kawan-kawan yang cemerlang di
hadapan mereka. (Bimbang rasa inferiority complex mereka dan rasa terlalu
berbeza darjat kerna rasa tidak pandai)
3- Jangan bersembang
tentang aktiviti-aktiviti menyeronokkan di hadapan mereka seperti jamuan
kesyukuran, jamuan batch, aktiviti melancong sempena musim cuti kerna bimbang-bimbang
timbul detik hati, “seronoknya mereka boleh buat macam-macam aktiviti best. Aku
tak boleh. Nak kena fokus study betul-betul kot untuk repeat paper akan datang.”
4- Bantu mereka
untuk betul-betul mencapai kejayaan dalam reseat exam akan datang. Peringatkan
kepada usaha ‘jangan lupa study bersungguh-sungguh’ jika mereka terleka
sebentar.
5- Sentiasa
sebut-sebutkan nama-nama mereka di dalam doa-doa solat kita. Mohon agar Allah
SWT memberikan yang terbaik dan mempermudahkan segala urusan mereka selepas
ini.
Kerna orang mukmin itu sentiasa bersaudara. Senang
bersama. Susah bersama. Sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam
hadisnya yang bermaksud,
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan
saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya
berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan
kesakitannya” (Mutafaqun ‘Alaih)”
Dan beruntunglah bagi mereka yang berjaya mengharungi kesemua
UJIAN senang dan susah itu dengan cara terbaik dalam kehidupan mereka.
"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia yang memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu." [ At-Taghabun : 11 ]
عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ
وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ
فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ
“Sungguh menakjubkan
urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Tidak
didapati hal ini kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan,
dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya
apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu juga merupakan
kebaikan baginya.” (Hadis Sohih. Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu).
Semoga Allah SWT memberkati, membantu dan mempermudahkan urusan mereka-mereka yang diuji itu selamanya. Amin
terima kasih untuk artikel ini]
ReplyDeleteSama-sama :)
ReplyDeletebila perasan riak memuncak , kegagalan pasti tiba. maka haruslah periksa diri setiap masa :)
ReplyDelete