Wednesday 7 December 2011

Born muslim vs New muslim


Seperti hari2 biasa..aku pergi ke kerja menaiki kereta mewah ku...
Keadaannya tidak berubah seperti hari2 sebelumnya...
Tiada apa yg berbeza tatkala aku menaiki kereta yg selalu dipandang org ini..

Apa yg aku rasa hanyalah BIASA...
Walaupun org lain selalu memandangnya dgn pandangan yg luar biasa..

Sehinggalah ke satu hari di mana aku tak dapat lupakan hari itu..

Pagi itu,ketika sedang aku memandu keretaku itu..something bad happens...
Keretaku tiba2 mengalami masalah teknikal...
Lantas aku dgn segera memandunya ke workshop berhampiran..
Dgn harapan ingin menyegerakan segala tindakan..

"Tokey,mcm mana saya mau pg keja...Lu boleh baiki tu kereta cepat ka?"

"Aiyaa lu...gila ka..! Kereta ni baru rosak maa..Mana boleh mau cpt2...Paling cepat pn dua tiga hari maa.."

"Abis tu,mcm mana saya mau pg keja ni..? Adohh..."

"Takpa2,lu jgn risau..Wa kasi lu pinjam itu sama kereta gua dulu ok..Tp kereta gua itu yg lama punya sikit la...bukan mcm kereta lu yg mahal ni...Boleh ka?"


Tanpa berkata banyak aku terus bersetuju dgn cadangan apek itu..
Lantas aku terus pg ke kerjaku dgn memandu kereta yg 'BARU'..



Saat berada dlm kereta baru ini..
Berbagai-bagai macam yg aku rasa...
Seat nya yg keras kematu BERBEZA dgn seat aku yg empuk memikat...
Power stering nya yg berat BERBEZA dgn power stering aku yg sgt2 ringan...
Kelajuannya jauh BERBEZA dgn kereta mahal ku bagai langit dgn bumi...


Saat inilah baru aku merasa betapa BERTUAH & BERUNTUNG nya aku memiliki kereta aku dahulu..
Kereta yg selalu diguna dianggap BIASA walhal kereta itu sangat2 BERHARGA...
Terasa indahnya pabila ditarik walaupun sebentar nikmat itu...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah satu analogi yg dibawa utk menggambarkan kpd kita keadaan skrg..
Kita yg DILAHIRKAN sbgai muslim tidak berasa apa2 yg LUAR BIASA & BERHARGA pd agama Islam kita sendiri...
Apa yg kita rasakan hanyalah biasa...dan biasa...

Islam yg hanya asalnya pada baka lantas menyebabkan kita sentiasa berada pada ZON SELESA..
Tanpa merasa apa2 yg sangat bermakna...
Walhal Islam ini sendiri terkandung pelbagai KEINDAHAN yg kita sendiri tak rasakan...

BERBEZA Islam kita dgn Islamnya sahabat2 baru kita yg pada asalnya TIDAK dilahirkan sebagai muslim..
Islam mereka ini berpaksi pada tunjang KEFAHAMAN bukan sekadar WARISAN..
Yang menyebabkan segala yg dipelajari,anuti dan diamalkan menjadi INDAH kerana memahami sebab2 perlakuannya...

Bukan seperti kita yg beribadah seperti BIASA...jarang merasa apa2
kerana kita hanya beribadah sekadar ritual..ibadah yg diajar dari kecil tanpa dikaji sebab2 perlakuannya tatkala meningkat dewasa..

Tak salah Islam warisan....tp bukankah lebih indah lagi jika warisan Islam yg kita peroleh itu sekarang disulam dengan KEFAHAMAN Islam yg lebih mendalam lagi..??
Masalah yg timbul apabila the BORN MUSLIM ini sendiri melakukan pelbagai masalah kepada umat sejagat lantas menimbulkan fitnah yg besar kpd agama Islam itu sendiri...

Bukankah begitu??


Inilah realiti yg kita lihat hari ini...
Sebilangan besar golongan melayu ISLAM yg hari ini kita lihat mendominasi masalah2 sosial.....zina.....buang anak.....dadah.......rempit......dan segala aktiviti2 yg tidak bermoral walaupun mereka ini bergelar ISLAM..!!

Berbeza dgn sahabat2 cina dan india kita yg baru memeluk Islam...
Yg mereka ini lagi BERSEMANGAT berjihad menyebarkan dakwah2 Islam..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang bejihad di antara kamu dan belum nyata orang yang sabar."

(surah al-Imran: ayat 142)

Walaupun baru bergelar muslim....NEW MUSLIM...

Kenapa?

Anda tahu jawapannya....

No comments :

Post a Comment