Saturday 17 December 2011

Salahkah aku cuba?


Solat...solat...solat....

Ibadah yg biasa dilazimi oleh setiap umat Islam di dunia ini...
Ibadah yg bukan hanya sekadar RITUAL semata-mata..
Bahkan terkandung beribu hikmah di dlm periwatannya
sehingga diangkat ke rukun Islam yg KEDUA

tp ramai memandangnya tidak lebih sekadar RITUAL semata-mata...

Pernah terfikir tak kenapa semakin byk masalah yg berlaku
Kemungkaran demi kemungkaran berlaku..
Walhal solat itu sendiri kunci kpd PENCEGAH KEMUNGKARAN...

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"

Tidakkah anda terfikir?

There's something incomplete in our daily prayer..

Mungkin berpunca drpd beberapa rukun solat yg tidak dilakukan dgn betul..
Atau mungkin disebabkan segala sunnah2,makruh2 dan haram2 di dlm solat itu sendiri...
Tp penulis tidak berhasrat utk kita membincangkan tntg itu sbb perbincangannya terlalu panjang
Apa yg nk dikongsikan di sini adalah mengenai KHUSYUK..


Susah...
Mesti perkataan ni yg mula2 terpacul lps kita terbaca perkataan khusyuk td bukan?

Memang Khusyuk ini satu benda yg sangat2 susah utk diperoleh dlm solat...
Tp salahkah jika kita MENCUBA??

Cuba utk khusyuk dlm solat walaupun hasilnya sukar dirasai.
Persoalannya bukan mengenai HASIL khusyuk tu yg ingin kita capai,
tp adakah kita BERUSAHA utk khusyuk itu sendiri??

Di sini ada beberapa petua yg ingin dikongsi setelah diperoleh melalui ahli fiqh yg sgt faqih dlm bab2 Fiqh ini:

1) Fahami bacaan yg dibaca

Fahami makna2 bacaan dlm solat itu sendiri. Kemudian rasai maksud2 yg ingin disampaikan meresap dlm buluh2 darah diri supaya sebati tuntutan Ilahi itu dgn fitrah diri ini.

Cuba datangkan ketakutan tatkala ayat2 AZAB dibacakan dan datangkan segenap kesyukuran setelah ayat2 NIKMAT dibacakan..


2) Jangan bergerak-gerak kan badan walaupun sedikit (sengaja)

Tumpukan segala tumpuan seperti kita sedang diperhatikan. Bayangkan kita BERSEORANGAN sedang menghadap Al-Hakim dgn segala dosa yg kita bebani.. Apakah keadaan kita waktu itu?

3) Rasakan di dalam hati sedang menghadap Ilahi dan sentiasa MENGINGAT2kan semula diri ketika telah lupa atau terlalai sementara.
     
Perkara ini diumpamakan seperti kita sedang bermain TARIK-TALI DGN SYAITAN. Kekadang kita dilalaikan oleh godaannya dan kekadang kita khusyuk tanpa menghiraukan godaan durjana. Makhluk bernama syaitan ini takkan sesekali berputus asa utk MELALAIKAN kita walaupun kekadang lalainya itu pd PERKARA YG BAIK!

Ramai dari kalangan yg kita sering TERLALAI sebentar dlm solat tp RAMAI juga dari kalangan kita yg TIDAK BERUSAHA utk mengembalikan semula kekhusyukan itu kpd yg Maha Satu.

Jd dlm situasi tarik tali ini siapa yg menang?
Pasti syaitan bukan??

Padahal ulama' mengatakan seandainya kita sering TAK berputus asa dlm 'tarik tali' dgn syaitan ini,PASTI kemenangan akan berpihak pd kita jua akhirnya...

4) Asas kepada khusyuk solat adalah khusyuk wudhuk!

Habib Omar,seorang ulama' keturunan Rasulullah dari Hadramaut
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



(Sheikh Habib Omar  was born in Tarim, Hadramaut in the Republic of Yemen on 27th of May, 1963 in a noble family of descend from the Prophet Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam). He memorized the Magnificent Quran and was reared in a pious fashion, in the care of his father, in an environment of knowledge, faith and virtuous character. From an early age,he studied the sciences of the pure Sacred Law including: the Qur’an, Prophetic Tradition (Hadith), Jurisprudence (Fiqh), Creed (Tawhid), foundations of Sacred Law(Usul al-Fiqh), the various disciplines of the Arabic language, and the knowledge of Spiritual travel from the scholars of Hadramaut. Among the greatest of them was his father, al-Habib Muhammad bin Salim, the Mufti of Tarim. He began to teach and invite to Allah when he was 15 years old, while continuing to study and receive lessons.)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada mengatakan bahawa kaedah untuk menjaga kekhusyukan dlm solat ini sebenarnya bermula dari AWAL sejak drpd kita mengambil WUDHUK lagi!!

Wudhuk yg diambil itu hendaklah diambil dgn seteliti yg mungkin kerna beliau mengatakan bahawa kadar KHUSYUK kita semasa mengambil wudhuk itu adalah SAMA dgn kadar khusyuk kita semasa solat!



Jd,sebenarnya penekanan utk khusyuk dlm ibadah solat ini hendaklah dititikberatkan sejak dari mengambil wudhuk lagi....tanpa ramai dari kalangan kita yg menyedari akan kepentingan dan kaitannya dgn ibadah solat.


Semoga dgn sedikit perkongsian yg tak seberapa ini dpt meningkatkan lagi kualiti ibadah solat kita drpd sebelumnya,insyaAllah...

Wallahua'alam

No comments :

Post a Comment