Thursday 22 December 2011

"Apakah kamu lebih mengetahui daripada Allah?"


AKIDAH

Silapnya umat Islam kini kerna sering memandang enteng tentang soal AKIDAH..

Walhal AKIDAH adalah TUNJANG UTAMA kpd asas keislaman seseorang...
Pabila goyahnya akidah...akan punahlah segala yg lain...

Umpama turunnya pelbagai jenis rezeki dari langit...
Hujan kasut,emas,ferrari,duit,I-pad,baju baru,PSP,nasi,chocolate dan pelbagai jenis benda...
Semuanya ditutunkan serentak dari langit...

Mana yg AKAN KITA SAMBUT AMBIL DULU??

Pastilah NASI dan sebotol air yg PATUT kita sambut ambil dulu sedangkan org2 lain sibuk terkejar-kejar menyambut ambil I-pad,PSP,Ferrari,emas perhiasan..

Kenapa?

Kerna bekalan inilah yg akan pastikan kita TERUS hidup sebagai sumber makanan utk kehidupan kita..sedangkan org lain semakin dahaga,lapar,penat,letih, dan lama-kelamaan MATI kerna TIADA ASAS utk bergantung dlm kehidupan...

Begitulah ingin digambarkan tntang AKIDAH...
Perkara yg SEPATUTNYA paling utama sekali kita setlekan sebelum mengambil berat tntang perkara2 lain...

Tp kini ramai yg kurg menekankan pemahaman yg mendalam mengenai AKIDAH ini...
Lantas timbul beberapa spekulasi yg dikeluarkan yg mana boleh menjejaskan akidah seseorang tanpa disedari oleh pelakunya...
 

"Saya rasa hukum Islam ni TAK SESUAI lagi la buat masa ni...keadaan tak mengizinkan untuk kita melaksanakan hukum2 Islam ni kt negara kita sekarang...!"

"Apalah.... Hukum2 Islam ni sume dah LAPUK la untuk zaman dulu2 je... Skrg mana boleh guna lagi hukum2 macam ni..."

(Nau'zubillah)

Pernah dgr tak kenyataan2 mcm ni??

Apa pendapat anda?

Hukum2 Allah yg telah ditetapkan sejak azali dlm Al-Quran...
Sunnah2 Rasulullah s.a.w yg telah ditunjuki Baginda sejak kelahirannya....

Adakah semua tuntutan di atas dituntut dilakukan mengikut kesesuaian pilihan manusia itu sendiri?
Ataupun manusia itu sendiri perlu TAAT & PATUH dgn tuntutan2 berkenaan??

Mengenai persoalan2 ini Allah telah mengemukakakan jwpnnya..

"...Katakanlah,kamukah yang LEBIH MENGETAHUI ATAU ALLAH..."

(surah al-Baqarah: ayat 140)

Andaikan.....

Sebuah kereta dicipta...
Ciptaan yg telah direka dgn sebaiknya...

Tiba2...Kereta ini mengalami sesuatu KEROSAKAN...
Lantas ramai yg cuba utk membaikinya...

Tp disebabkan hanya menggunakan PANDANGAN sendiri tanpa mengambil mana2 RUJUKAN,mereka TERSALAH baiki kereta ini...
Apa yg rosak semakin bertambah2 rosaknya...Bagaikan tikus membaiki labu...

Lantas apakah sepatutnya yg dilakukan dlm situasi ini??
Ya betul...Kembali rujuk kpd BUKU PANDUAN kereta ini....BUKU PANDUAN yg telah disediakan oleh org yg MENCIPTA kereta ini dan sememangnya dia ini SANGAT ARIF akan ciptaannya itu..
Jd apakah panduan terbaik kpd masalah ini selain drpd PANDUAN ASAL yg telah disediakan??

Samalah juganya utk makhluk bernama manusia ini...
Dimiliki oleh SATU PENCIPTA..
Yg mana Yang Maha Mencipta dan Maha Mentadbir ini MENGETAHUI SEGALA2NYA..
Dan kesemua PANDUAN2 ini telah dinukilkan dlm KALAMNYA sebagai PETUNJUK buat hamba2Nya yg serba kekurangan...

Tp setelah tiba sahaja masanya...ada yg mengatakan IANYA TIDAK SESUAI...
Seolah2 mereka ini TAHU SEGALA2NYA melebihi arahan PENCIPTA mereka...


Andaikan ada satu mainan robot kita reka pd awalnya..
Dan kemudian mainan ini mula mengingkari segala arahan kita sebagai TUANnya..
Adakah wajar mainan ini bertindak seolah2 dia lebih tahu segalanya drpd kita SEDANGKAN KITA YG MENCIPTANYA??

Begitulah juga samanya dgn manusia...

Ilmu kita terbatas...
Ilmu Allah MAHA LUAS...
Jika sesuatu yg ditetapkan indah oleh-Nya kelihatan tak indah pada kita...bukan kerna ia tak indah...tp kerna MATA HATI kita yg kabur utk melihat keindahannya...
Umpama kelawar yg tak mampu utk melihat siang...bukan kerna gelapnya siang itu...tetapi kerna siang itu terlalu terang bg BATASAN mata kelawar utk menatapnya...

Ilmu HAMBA sangat2 lah berbeza dgn ILMU PENCIPTANYA...
Penuh dgn segala serba KEKURANGAN..

Dlm sebuah kitab Tauhid 'Khoridatul Bahiyah' ada membincangkan serba sedikit mengenai SIFAT2 ILMU ALLAH:

1- Sifat Ilmu Allah adalah AZALI & ABADI

Jauh2 BERBEZA dgn ilmu manusia yg BARU DIPEROLEH & HANYA SEMENTARA..
Paham tak perbezaannya??
Apa yg dimaksudkan di sini ialah Ilmu Allah memang adanya sejak dahulu2 lagi (azali) dan Ilmu ini berkekalan sampai bila2 (abadi)...Dulu kini dan selamanya...

Berbeza dgn manusia...Ilmu yg diperoleh hanya lah setelah dilahirkan ke dunia,kemudian setelah dipelajari,barulah ia memiliki ilmu itu (BUKAN sejak azali) dan ilmu manusia ini hanya bertahan utk beberapa tempoh sahaja (BUKAN abadi) mungkin kerna lupa (kelemahan manusia itu sendiri)


Contohnya,generasi2 manusia kini semuanya tidak mengetahui akan ilmu2 manusia generasi awal2 terdahulu kerna tiada nya mereka waktu itu...walhal Ilmu Allah sememangnya merangkumi segala-gala perkara sebelum penciptaan makhluk2Nya lagi dan berkekalan sampai bila2...JAUH BERBEZA dgn sifat ilmu manusia...

2-Ilmu Allah TAK BOLEH DISIFATKAN KEPADA NAZORI(perlu kpd pembelajaran) & DHORURI(spontan)
Jauh2 berbeza dgn manusia yg SANGAT2 memerlukan kpd PEMBELAJARAN utk mengetahui akan sesuatu ilmu itu(BUKAN nazori)...Manusia bersifat dhoruri(spontan) yg memerlukan kpd sesuatu situasi...seperti seorang kanak2 yg lalu di hdpn sebuah meja,pasti ia akan mengelak meja itu SPONTANEOUSLY supaya tak terlanggar meja itu tadi...FITRAH namanya... Sifat Ilmu Allah pula bukan dhoruri kerna Ilmu Allah itu adanya pada zat Allah itu sendiri...

Pening sikit kan..??

Relaks2...

Utk memudahkan,just umpamakan seperti GULA...MANISnya gula itu memang ada pada zat gula itu sendiri bukan..?
Begitulah nak digambarkan Sifat Ilmu Allah itu pada zatNya sendiri(BUKAN dhoruri) tak perlu pd sesuatu situasi mcm manusia..

3-Sifat Ilmu Allah TAK DISANDARKAN KEPADA 'PENELITIAN,ASBAB ATAU DALIL' KERNA ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...

Jauh2 berbeza dgn manusia yg memerlukan kpd penelitian,pengkajian,eksperimen,teori,dalil2 nas,dan sebagainya utk mengetahui akan sesuatu ilmu itu...
Persoalannya...

Adakah wajar kita mempersoalkan ketetapan Allah dlm Kitabnya sedangkan ilmu2 kita SANGAT2 JAUH BERBEZA DGN SEGALA KEKURANGAN JIKA NAK DIBANDINGKAN DGN SEGALA KESEMPURNAAN ILMU ALLAH??
Dengarkan jawapan Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda dipersoalkan mengenai Hukum2 Allah oleh golongan kaum musyrikin waktu itu:

(Kata2 Baginda lebih kurang begini bunyinya mengikut fahaman penulis kerna penulis mencatatnya sewaktu mendengar ceramah yg disampaikan bukan dipetik drpd mana2 kitab,wallahua'alam)

"Apakah kamu ingin berbalas dengan aku tentang ketetapan Allah yang mana ianya bukan ketetapanku? Kamu sedang berhadapan dgn Allah bukan dgn aku tatkala ini (sewaktu kamu mempersoalkan mengenai hukum2Nya)!"


Dan mengenai peristiwa ini juga telah Allah nukilkan dlm Kitab suci-Nya yg mulia...
"Sibghah Allah(agama Allah). Siapakah yang lebih baik sibghah nya daripada Allah? Dan kepada-Nya lah kami menyembah. Katakanlah (Muhammad), 'Apakah kamu ingin berdebat dengan kami tentang Allah padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu? Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, dan hanya kepada-Nya lah kami dengan ikhlas mengabdikan diri."

(surah al-Baqarah:ayat 138-139) 

Wallahua'alam...

No comments :

Post a Comment