Tuesday 5 June 2012

We Muslims have our own principes


Everyone has his/her principes...
and it includes us with our own religion's ethiques...

Yess...all religions walk to the path towards The God...
But it's not same.... Truly...
Plus... 'The God' Itself is referred to the different God according to the religions...

Isn't..??

Every believers have our own principes...
And it reminds me to a short past memory... Long-long ago...

During the time of school...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(---Google translate---)

Setiap orang mempunyai / Principes beliau ...
dan ia termasuk kita dengan ethiques agama kita sendiri ...

Fleet ... semua agama berjalan kaki ke jalan ke arah Allah itu ...
Tetapi ia tidak sama .... Benar-benar ...
Plus ... 'Tuhan' Diri dirujuk kepada Tuhan berbeza mengikut agama-agama ...

Tidak ..??

Setiap orang-orang yang beriman mempunyai Principes kita sendiri ...
Dan ia mengingatkan saya kepada memori lampau pendek ... Sepanjang jangka lalu ...

Dalam masa yang sekolah ...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The danger of direct translation......
Funny..........Isn't??

Dah...dah...
Tukar bahasa Melayu pulak....
Saja testing guna bahasa 'penjajah' ni...
Nak asah2 sikit takut tumpul pulak nanti... 

Lagipun yang baca blog ni ramai dari kalangan Malaysian...

Bukan nak memperlekeh Malaysian tak pandai berbahasa Inggeris...
Tapi bukankah bahasa sendiri adalah yang bahasa yang terbaik...? 
(Dah.........Jangan nak compare dengan Bahasa Arab pulak...)


Ok...Berbalik kepada tajuk.....

Setiap seorang dari kita mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri....
Dan prinsip ini juga sebenarnya terikat dan dipengaruhi oleh latar belakang agama masing-masing...

Setiap agama berprinsip yang tersendiri... 

Yaa... Betul.... Memang semua agama menuju tujuan kepada Tuhan yang Esa...
Tapi agama di sini juga merujuk kepada Tuhan yang berbeza...
Tak sama sebenarnya....

Bukankah begitu..??

Setiap penganut agama mempunyai prinsip masing-masing...
Dan ia mengingatkan ku kepada satu memori lama di zaman sekolah dahulu...


Aku pernah sekali memohon untuk penyertaan permohonan pertukaran pelajar antarabangsa...
Dan alhamdulillah...

Aku diizinkan oleh-Nya untuk menghadiri kursus temuduga tapisan pemilihan tersebut...

Setibanya pada hari berkenaan...
Temuduga bermula...
Tetapi lama sebelum temuduga itu bermula...penganjur ada mengadakan sedikit kursus ala-ala minggu orientasi pelajar...untuk saling menyuai-kenalkan sesama pelajar yang hadir untuk temuduga hari itu...

Aku pelik kehairanan...temuduga jenis macam ni pun ada...??
Namun,agak kagum juga dengan penganjur kerana masa2 yang diluangkan untuk menunggu giliran itu sebenarnya tidak dibazirkan begitu sahaja... Quite clever actually...


Berkumpul di dalam sebuah dewan...

Antara berpuluh-puluh yang hadir pada hari itu....
Aku dapat membilang dengan jari hanya beberapa kerat sahaja budak Melayu dalam kalangan itu...
Tak dikira lagi berapa pula yang betul-betul Melayu ISLAM....

Majoriti yang hadir adalah non-muslim...
Chinese...Indian...

Dan majoriti juga yang hadir memakai skirt....
Termasuk Melayu-Melayu yang aku maksudkan tadi...
(sebab ramai yang hadir adalah dari sekolah-sekolah swasta...private school...international school...)

Culture shock jugak aku dengan iman yang senipis kulit bawang ni....

Almost everyone speaks ENGLISH....exclude me....
(Tu yang rasa macam nak kongsi artikel ni dalam bahasa Inggeris je awal2 tadi..)

Bermula dengan sesi pengenalan diri...
Sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti selepasnya yang menurut rapi...

Aku rasa seperti di dunia Oversea...
Terasa kedil sekali...
Dikelilingi dengan mereka yang berfasih Inggeris sungguh lancar sekali...
Dengan loghat2 mat saleh tersendiri...


Namun ku turut menggagahkan diri untuk turut menyertakan diri...
Sambil memperbaiki seribu macam kelemahan diri...


Selepas pengenalan diri...
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan...
Teamwork activities...

Aku dimasukkan ke dalam satu kumpulan di mana aku satu-satunya Muslim dalam kumpulan itu...

Setelah dibahagikan,setiap kumpulan diberikan satu tugasan...
Tugasan yang sama demi bersaing kumpulan yang dinobatkan sebagai johan...

Dipendekkan cerita....

Kumpulan aku berjaya menjuarai tugasan yang diberikan...
Apa lagi...
Kemain seronok la semua ahli kumpulanku itu....

Tiba-tiba seorang gadis Cina menghulurkan tangannya...(untuk ditepuk)
Sebagai tanda tahniah....
Lantas disambut dengan tepukan dari tangan sahabat2 sekumpulan yang lain

*sorang hulur tangan untuk ditepuk dan sorang lagi yang lain tepuk tangan itu (bukan tepuk tangan sendiri)

Seorang demi seorang dari ahli kumpulan kami sambut tepukan dari tangannya...
Seorang demi seorang dihulurkan tangan nya itu kepada kami...

Semua balas balik tepuk tangan dia...

Sampai lah giliran tangannya itu kepadaku...




"I'm sorry... I can't....."
('Maafkan saya...Saya tak boleh....")




Berkataku perlahan.....rasa bersalah.....sambil mengangkat kedua-dua tanganku ke atas...



Dia mengangkat kening kehairanan.....Ye la...Kenapa tak boleh pulak kan..?? Tepuk tangan je pun...


"....My religion forbid me to do so...."
("....Agama saya melarang untuk saya berbuat sedemikian...")


Sambung aku lagi.....dengan tujuan ingin memudarkan tanda tanya nya yang sudah pasti....

Tiba-tiba,seorang lelaki Cina di sebelah aku yang sedang memerhati mencelah perbualan kami...


"Ohhh...I've heard about these prohibitions in Islam..."
("Ohhh....Saya pernah terdengar mengenai pantang larang dalam Islam ini...")


Aku berasa agak kagum kerna kata-katanya itu seolah-olah sedang cuba menyokong tindakan ku itu...
He is backing me....

Lantas gadis Cina sebentar itu tadi mengangguk.... akur dengan PRINSIP yang aku tunjukkan sebentar tadi...

Aku bersyukur.........kerna Allah mempermudahkan banyak perkara untuk ku pada hari itu...

Kemudian selepas peristiwa itu berlaku....
Lelaki Cina tadi cuba mendekati ku....dengan rasa ingin tahu,dia bertanya kepadaku...

"So..tell me more about this Islam you have..."
("Jadi...ceritakan lagi kepada saya tentang Islam yang kamu anuti ini...")

Subhanallah....

Ternyata dengan sedikit prinsip yang aku tunjukkan sebentar tadi mampu untuk membuka hati orang lain (dengan izin dari-Nya) untuk mencari-cari lagi demi menerokai kebenaran yang masih belum ditemui...

Lantas,aku pun terus menceritakan kepadanya sedikit tentang perintah solat yang diturunkan kepada kita umat Islam...Dan aku berharap agar pintu hati nya sentiasa terbuka lagi untuk dilimpahkan dengan hidayah dari-Nya...InsyaAllah....


Pabila diri ini adalah dari kalangan minoriti....

Dikelilingi dengan suasana yang sangat berbeza sekali...
Dikelilingi gadis-gadis Cina yang berpakaian singkat-singkat...ketat-ketat sekali...
(Mereka sangat-sangat tidak bersalah dalam hal ini kerna tidak terikat dengan tuntutan agama)
Dengan pandangan yang menggoda sekalian mata yang tak pernah menatapi untuk menikmati..
Dengan pergaulan yang sungguh bebas bersama non-muslims tanpa disekati...

Pandang sana nampak ini....pandang sana nampak ini....


Aku sememangnya BERPELUANG untuk berkelakuan seperti non-non muslims yang lain...

Boleh saja aku pegang-pegang tangan awek-awek Cina waktu itu kerna memang ada aktiviti yang menuntut arahan seperti itu (Arahan:semua orang pegang tangan orang sebelah dia!!-kebetulan berada sebelah kita waktu itu seorang perempuan)

Boleh saja aku mencuci mata dengan pandangan aurat awek-awek Cina yang selamba (sebab bagi mereka tidak salah untuk berpakaian sedemikian-skirt)

Boleh saja aku melakukan itu dan ini...mengikut keadaan waktu itu....
Memandangkan akulah minoriti dalam kalangan itu....
Boleh saja aku berkelakuan memuaskan nafsu....
Yela...Lagipun tiada siapa yang memerhati ku di kala itu....

Tiada orang yang akan melarang ku berkelakuan melanggar syarak di waktu itu...


Namun,aku sedar....

Muslims are always being watched by Him...
Kita sentiasa diperhatikan-Nya...

Plus...

We Muslims have our own principes....
And a principe stay a principe countless where you are no matter who with you are...
(exclude the principes that are flexible in Islam)
Because in Islam we have thabat wa murunnah 
(yang tetap tidak berubah-ubah dan yang boleh berubah-ubah)
(Fix and flexible)

Hukum yang tetap tidak boleh berubah...
Namun,Islam yang mudah turut menyediakan 'yang berubah-ubah'

Ini lah cantiknya ISLAM...
Namun,bukanlah isu ini yang ingin penulis bincangkan di sini...panjang perbincangan tentang thabat wa murunnah ni sebenarnya....

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah kita sendiri...

Muslims have our own principes...
and that makes us differ from the other believers...

Always behave nice like Rasulullah when the others are not...
Always wear a hijab completely when the others are not...
Always not take up ciggarette when others do so...

And many others more...

Islamic principes make us different ---special actually---




4 comments :

  1. azmeer ko sambung yang time kene interview plak..yang ko pernah crite kat skolah dulu tu..

    ReplyDelete
  2. Kt atas ni bukan yang cite kt sekolah dulu ke..?
    Ada cerita lain ke??

    ReplyDelete
  3. saya suka baca blog awak..
    please keep writing =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerna memberi semangat untuk teruskan menulis.. ^_^

    ReplyDelete