Wednesday 30 January 2013

Cakap je lebih,buatnya tak...



Dikisahkan dalam satu cerita…

Ada sebuah kampung...
Yang mana masyarakat kampung tersebut tinggal dengan aman di kampung tersebut...
Sehinggalah pada suatu ketika...
Datang seorang lelaki gila yang kemudiannya memanjat sebatang pokok
Lantas membuat bising di atas pokok tersebut...

Kemudian,orang kampung mula berkumpul...
Dan berbincang bagaimana untuk menurunkan lelaki gila ini...

Lantas mereka membawa sebilah parang dan berkata (sambil menggertak)...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak...kami potong pokok ini dengan parang ini....!!”

Orang gila ini memandang mereka...dan kemudiannya tersengih...

“Dia tak turun??
Tak boleh jadi ni....”,kata orang kampung.

Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebilah kapak dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami tebang pokok ini dengan kapak ini....!!”

Orang gila tadi terus memandang.......
.....dan terus juga tersengih...

“Dia tak nak turun jugak??
Tak boleh jadi ni...”,kata orang kampung

Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebilah gergaji kayu dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami tebang pokok ini dengan gergaji yang tajam ini....!!”

Orang gila tadi terus memandang..........
.....dan terus juga tersengih...

“Cis,dia tak nak turun jugak??
Kena fikir cara lain lagi ni...”,kata orang kampung


Lantas orang kampung kemudiannya mengambil sebuah gergaji rantai dan berkata kepada orang gila di atas pokok itu tadi sambil menghidupkan enjin gergaji rantai itu tadi...




“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,kami potong pokok ini..!
Gergaji rantai ni tajam ni....!!”

Orang gila tadi terus memandang.........
.....dan terus juga tersengih...

“Adohh...Dia tak nak turun jugak ke...??
Kena guna cara lain lah...Siapa ada idea?”,orang kampung berbincang.

Kemudian,bangkit seorang dalam kalangan mereka memberikan cadangan...

“Aku dengar dekat kampung sebelah tu ada seorang lelaki gila jugak...
Cuba kita panggil dia dan minta dia turunkan kawan dia yang gila ini...
Kalau gila dengan gila,baru lah boleh masuk...”

Lantas mereka kemudiannya memanggil ‘lelaki gila kampung sebelah’ dan menyuruh lelaki gila ini menurunkan kawannya di atas pokok itu tadi...


Lelaki gila kampung sebelah ini terus berkata kepada kawannya di atas pokok itu...

“Hoi orang gila,lebih baik kau turun sekarang...
Kalau tak,aku potong pokok ini..!”,kata lelaki gila ini kepada kawannya sambil menggertak-gertak dengan SEBILAH PISAU PENCUKUR yang dibawa keluar dari poketnya...


Orang gila di atas pokok itu terus kelam-kabut turun daripada pokok itu apabila melihatkan kepada kawannya yang mula membawa keluar SEBILAH PISAU PENCUKUR...

Dan lantas juga lelaki gila kampung sebelah tadi terus beredar pergi melihatkan kepada tugasnya yang telah selesai...

Orang kampung mula pelik kehairanan (~dan anda yang membaca juga saya pasti pelik kehairanan...tertanya-tanya kenapa bukan...?? ^_^ )





Lantas mereka berpakat pergi berjumpa orang gila yang baru sahaja turun itu tadi dan bertanya kepadanya...

“Apsal kau takut sangat,terus turun bawah bila lelaki tadi gertak kau dengan sebilah pisau pencukur...tapi dengan kami yang guna parang,kapak...dengan gergaji rantai sekali... Kau tak takut pulak nak turun..???”


Orang gila ini terus menjawab selamba...

“Tu laa kau..... Kau tak tahu,lelaki yang guna pisau pencukur tadi tu orang gila...
Bila dia cakap...dia akan buat betul-betul....
Bukan macam korang....”



~Sedangkan orang gila pun tahu yang ‘orang normal’ ini cakap sahaja lebih...buatnya tidak...~



Begitulah juga dengan kita...
Lebih-lebih lagi dalam bulan Rabiul Awal...bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ini...

Cakap sahaja lebih....

“Aku sangat cintakan Nabi...”
 “Aku betul-betul teringin untuk bersama dengan Nabi di syurga nanti...”
“Akulah umat Nabi yang terulung ini...”


Tapi sunnah-sunnah percakapan & perlakuan Nabi,haram sepatah pun tak diikuti...
Akhlak-akhlak mulia Nabi jauh sekali dicontohi...
Bahkan para artis & pemain-pemain bola lebih disanjung tinggi...

Hati-hatilah wahai umat Nabi...
Bimbang-bimbang kita ini tidak Nabi akui sebagai umatnya di akhirat nanti... (Na’uzubillahi min zaalik)


Bila disebut sahaja nama Nabi...
Lantas kita lah orang pertama yang mengaku cintakan Nabi ini...

Bila tiba sahaja sambutan Maulid Nabi...
Kitalah orang pertama yang mengiktiraf ‘Aku memang sangat merindui Nabi’...

Tapi bila dilihat pada hari-hari lain kebiasaannya...
Kitalah orang pertama yang paling buruk akhlaknya terhadap orang lain..bukan seperti Nabi...
Kitalah orang pertama yang paling tidak menjaga kebersihan mengikuti sunnah Nabi...
Kitalah orang pertama yang paling kuat mengumpat,melanggar perintah Nabi...
Kitalah orang pertama,paling lewat bangun Subuhnya untuk mengejar suruhan Allah seperti Nabi...
Kitalah orang pertama yang berkorbar-korbar main games,tengok movie...membazir masa,tidak macam Nabi...


Memang....

Syaitan memang bijak kerna berjaya membuatkan kita menyangka bahawa kita telah mengikuti segala sunnah Nabi di hari kelahirannya dengan berzikir,berqasidah,berarak sambil berselawat...

Tapi sedarlah wahai umat Muhammad... (s.a.w.)
Sunnah Nabi bukan terhad dengan berselawat,berzikir-zikir seperti itu sahaja...
Bahkan sunnah Nabi ini sebenarnya adalah sangat-sangat luas meliputi setiap detik perbuatan kita...bermula dari celik mata di pagi hari,sehingga kepada pejam semula mata itu di malam hari...semua perlakuan di sepanjang tempoh itu sebenarnya ada sunnah-sunnah Nabi yang belum kita ketahui...

Jadi...belajar lah lagi dan lagi tentang sunnah-sunnah Nabi...
Dan apa yang lebih penting lagi...AMALKAN lah sunnah-sunnah yang telah dipelajari itu tadi...

Agar kita tidak menjadi umat yang hanya...
...cakap je lebih,buatnya tak...

Wallahua’alam.  


-credit to Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufri



1 comment :

  1. cerita orang gila dengan kesungguhannya lol
    moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang menjalankan setiap katanya :)

    ReplyDelete